SEJARAH SEKOLAH

Dari jurai asalnya, sekolah ini adalah cawangan G.E.S Tapah. Dengan itu semua urusan pentadbiran sekolah ini adalah dibawah kawalan guru besar, G.E.S Tapah, hingga hujung tahun 1955. Mulai dari tahun 1957 sekolah ini telah dinamakan dengan “Standard Type School (English) Slim River. Berikut dengan perubahan nama itu,segala pentadbiran sekolah ini diuruskan oleh guru besarnya sendiri. Dari tahun 1961 hingga 1975,sekolah telah dikenali pula dengan “Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris Slim River)”. Akhirnya pada tahun 1976, ia dikenali dengan “Sekolah Rendah Kebangsaan , Jalan Kelab Sukan , Slim River.
Dalam tahun 1962, pelajaran menengah telah dimulakan di Daerah Kecil Slim River. Seramai 56 orang murid dan 3 orang guru telah menumpang di bangunan sekolah ini disebelah petang. Dalam bulan Oktober 1965, para pelajar sekolah menengah telah dipindahkan ke bangunan baru yang sekarang ini dikenali sebagai “Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River

Fasa 2 bangunan baru sekolah telah dibina dan disiapkan pada 20 September 2000. Bangunan sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat, sebuah kantin, sebuah blok rumah guru kelas F setinggi 5 tingkat.


Faktor – faktor tertubuhnya bangunan ini adalah kerana bangunan baru ini dibina atas dasar pertambahan murid pada setiap tahun dan pertambahan projek seperti :

1) Pra sekolah
2) Makmal ICT
3) Bilik – bilik khas untuk pembelajaran dan pengajaran (P&P) tidak mencukupi.
4) Pembelajaran dan pengajaran memerlukan bilik – bilik khas supaya bersesuaian dengan P&P yang diajar. Contohnya : bilik muzik, bilik kemahiran hidup dan bilik sains.

Seperti sekolah lain, sekolah ini juga telah mengalami perubahan tentang namanya :


1) Feb. 1954 hingga 1955 = Rural English School, Slim River

2) 1956 hingga 1960 = National Type Primary School (English) Slim River

3) 1961 hingga 1975 = Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Slim River

4) 1976 hingga 2000 = Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Kelab Sukan , Slim River

5) 2001 hingga sekarang = Sekolah Kebangsaan Slim River.



Senarai guru besar yang telah berkhidmat di sekolah ini

1)En. Khairuddin (Penyelia)                          Feb.1954 – 1955

2)En.Siew Kum Kum                                   1955 – 1956

3)En.P. Ananda                                            1956 – 1959

4)En. Wazir Singh                                         1959 – Jul.1980

5)En.Saidin b. Maamor                                1.8.1980 – 8.8.1980

6)En.Abd Ghaffar b. Bumbun                        Ogos 1980 Mac 1981

7)En.Saidin b.Zakaria April                             1981 – Jan 1983

8) En.Abd Wahid b. Mohidi                           Okt 1988 – Mei 1989

9) En.Omar b. Dawi                                       Ogos 1984 Okt 1988

10) Hj..Kamaruzaman b. Harun Jan                1983 – Ogos 1983

11) En. Mohd Tahir b. Sharip                        Mei 1989 – Jun 1992

12) En.Chin Hin Wah Jun                              1992 – Ogos 1993

13) En.Abd Kadir b. Jaafar Mac                   1993 – Des 1997

14) Pn. Hjh Zaiton bt.Hj.Zainuddin                1997 – 1999

15) Tn.Hj Abu Kasim b. Darus                      1999 – 2003

16) En.Mokhtar b. Paiman                            2003 – 2006

17 ) Pn. Saadah bt Misro                              2006 – 2009

18 ) En. Haneefa b Sharanee                         2010 - 2011

19) En. Johannis Bin Amrin                          2012 -2013

20 Tn. Hj. Sa'aidin Bin Ardi                          2013 - sekarang

No comments:

Post a Comment