VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
PIAGAM
Kami guru-guru dan kakitangan SK Slim Riverdengan penuh tekad berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1) Menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan bagi meningkatkan kualiti
pencapaian pelajaran berteraskan budaya ilmu.
2) Menyediakan perancangan pembelajaran yang mantap, produktif dan praktikal selaras dengan
pemupukan budaya sekolah yang kondusif.
3) Membentuk kesempurnaan disiplin, semangatkekitaan dan perhubungan erat dengan masyarakat
untuk mencapai matlamat “Perpaduan Negara”.
4) Menerapkan semangat bekerjasama, berdedikasi dan komited terhadap tugas berteraskan konsep
“Pemuafakatan”.
5) Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efisyen, dinamik dan bijaksana ke arah
“Perkhidmatan Penyayang”.
FALSAFAH
Melahirkan insan yang seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan itu akan wujudlah warga Malaysia yangberpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia serta bersemangat patriotik yang mengamalkan nilai-nilai murni untukmendukung cita-cita agama,bangsa dan negara.
WAWASAN
A. Secara Umum
Ke arah mewujudkan Generasi Berbilang Kaum yang bersatu padu, hormonis, berpendidikan, berkemahiran untuk menuju wawasan negara.
B. Secara Khusus
i. Kurikulum
berazam menerajui kecemerlangan UPSR dalam daerah seterusnya membasmi buta 3M di kalangan pelajar.
ii. Kokurikulum
mempertingkatkan gerak kerja kokurikulum supaya semua pelajar SK Slim River menjadi mahir dalam bidang yang diceburi.
memastikan pencapaian cemerlang di peringkat daerah dan negeri.
iii. Sahsiah
membina sahsiah pelajar yang tinggi dan mulia untuk menjamin kejayaan pelajar.
kejayaan pelajar dalam bidang-bidang yang lain.
iv. Pengurusan & Kepemimpinan
Berusaha mewujudkan satu kepemimpinan yang berkualiti dan dinamik.